Lebuh Raya Baru Lembah Klang
Lebuh Raya Baru Lembah Klang

Lebuh Raya Baru Lembah Klang

Lebuh Raya Baru Lembah Klang adalah lebuh raya sambungan kepada Lebuh Raya Utara-Selatan jajaran utara yang dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah ke Lebuh Raya Utara-Selatan jajaran selatan. Dengan panjang keseluruhan 35 kilometer, ia merupakan penghubung terpenting bagi jajaran utara dan selatan Lebuhraya Utara-Selatan serta bahagian timur dan barat Lembah Klang. Lebuh Raya Baru Lembah Klang digunakan oleh lebih satu juta kenderaan pada setiap hari biasa dan dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.